Pilih bahasa anda
Kesalinghubungan yang cekap antara kawasan industri, rangkaian pengangkutan dan pintu sempadan merupakan antara elemen penting dalam memperkukuh daya saing sesebuah wilayah.

Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Perlis diteruskan dengan lawatan tinjauan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke Perlis Inland Port (PIP) bagi melihat perkembangan hab logistik strategik berkenaan.

PIP berpotensi menyokong perdagangan rentas sempadan Malaysia–Thailand serta memperkukuh rantaian bekalan ekonomi Perlis. Pembangunan infrastruktur seperti ini perlu dinilai berdasarkan keupayaannya untuk mempercepat pergerakan barangan, menyokong kawasan perindustrian dan meningkatkan daya tarikan wilayah sebagai lokasi pelaburan.

Pemahaman terhadap peranan dan potensi PIP membantu Kerajaan melihat pembangunan wilayah secara lebih menyeluruh, termasuk hubungannya dengan aktiviti industri, perdagangan sempadan dan penciptaan peluang ekonomi baharu di utara negara.
Pandangan masyarakat dan pihak berkepentingan mengenai keutamaan Belanjawan 2027 juga dialu-alukan melalui Portal Cadangan Belanjawan di belanjawan.mof.gov.my. Input tersebut akan membantu memperkukuh proses penyediaan Belanjawan yang responsif kepada keperluan pembangunan negara.