Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan dan dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

Sesi libat urus ini diadakan bagi memperincikan strategi serta cadangan inisiatif Kerajaan MADANI dalam sektor kesihatan yang memberi tumpuan kepada tiga kluster utama iaitu Kesihatan Rakyat, Fasiliti Kesihatan dan Petugas Kesihatan.

Perbincangan merangkumi usaha memperkukuh akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan menyeluruh, memperkasakan fasiliti serta infrastruktur kesihatan melalui penambahbaikan kemudahan, di samping memperkukuh kapasiti dan kebajikan petugas kesihatan sebagai tulang belakang sistem penjagaan kesihatan negara.

Inisiatif yang dibincangkan bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap, mampan dan berkesan selaras dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mudah diakses serta memenuhi keperluan rakyat.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KKM; YBhg. Dato' Sri Dr. Mahathar Abd. Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan serta pegawai-pegawai kanan MoF dan KKM bersama Pasukan Belanjawan 2027.

Orang ramai turut dialu-alukan untuk menyumbang idea, pandangan dan cadangan bagi Belanjawan 2027 melalui Portal Cadangan Belanjawan di https://belanjawan.mof.gov.my

Arkib Foto