Select your language
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri telah meluangkan masa untuk melawat bilik operasi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan Malaysia untuk sesi taklimat mengenai pelaksanaan Pakej #PRIHATIN, #PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) dan 'Perasmian Digital Dashboard'.
Turut hadir bersama YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah,Timbalan Menteri Kewangan II, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato' Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan Pengarah LAKSANA, Dato' Shahrul Nazri Dato’ Abdul Rahim.






