Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Amanat Bersama Ketua-ketua Agensi Penguatkuasaan

Majlis Amanat Bersama Ketua-ketua Agensi Penguatkuasaan

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah menyampaikan amanat beliau sempena Majlis Amanat Bersama Ketua-ketua Agensi Penguatkuasaan.

Turut hadir ialah YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua-ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan.

Dalam amanat beliau, YAB Dato’ Seri Anwar berkata bahawa masih wujud kelompongan dalam aspek disiplin dan tatakelola dalam kalangan agensi penguatkuasaan. Justeru, sebagai usaha melakukan perubahan struktur yang lebih menyeluruh, Kerajaan MADANI mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah, penyeludupan serta sebarang bentuk subahat dengan sindiket jenayah terancang.

YAB Dato’ Seri Anwar turut menegaskan bahawa warga agensi penguatkuasaan diberikan tempoh seminggu untuk menilai komitmen masing-masing: sama ada bersedia memperkukuh prestasi dan integriti, atau memberi laluan kepada mereka yang lebih layak dan berkeupayaan menggalas amanah ini.

Kerajaan MADANI menegaskan bahawa tatakelola baik merupakan tunjang kepada kerangka Ekonomi MADANI, yang bertujuan menaikkan siling pertumbuhan negara dan menaikkan lantai martabat hidup rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility