Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Amanat KSN Tahun 2024

Majlis Amanat KSN Tahun 2024

Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tahun 2024 merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan perkhidmatan awam atas komitmen yang tinggi dalam berusaha mencapai ekspektasi yang diharapkan.

Ujar YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, cabaran yang dihadapi dalam tempoh 4 tahun ini, memerlukan bukan sahaja keringat dan titik peluh, malahan jua proses adaptasi dan tindakan penuh hikmah dalam memastikan bahtera perkhidmatan awam kekal teguh melayari ketidak tentuan dan ketidak pastian yang dihadapi.

Tambahnya lagi, fokus dan keutamaan pada tahun 2024 ini ialah 'Civil Service Reform' - islah masta to’tum berdasarkan 'Modal Insan dalam Perkhidmatan Awam’ dan 'Pelaksanaan Dasar dan Penyampaian Perkhidmatan’. Ini merangkumi peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang telus, pantas dan mencapai keberhasilan yang ditetapkan.

Dalam Kerajaan MADANI ini, kita akan menerajui perubahan berterusan yang menyasarkan pengurangan ketirisan, peningkatan hasil dan pengoptimuman sumber sedia ada tanpa pembaziran. Ini adalah sejajar dengan prinsip-prinsip keadilan sosial dan kesaksamaan yang menjadi tunggak Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Kitalah Benteng Malaysia!

Kredit Foto: UKK JPM

Arkib Foto

Logo Accessibility