Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbendaharaan Tahun 2022 telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.
Penyampaian Anugerah oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II.
YB Datuk Seri Ahmad Maslan turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 130 penerima APC Perbendaharaan tahun 2022 dan menyeru agar warga Perbendaharaan mengamalkan nilai ABCDE (Akrab, Bijaksana, Cekap, Dedikasi, Efektif) dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Turut hadir, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) dan YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar).