Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbendaharaan Tahun 2023 telah berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya. Penyampaian Anugerah telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan Il.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah melalui ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 131 orang penerima APC Perbendaharaan kali ini dan menyeru agar warga Perbendaharaan sentiasa berinovasi untuk meningkatkan keberkesanan serta kecekapan pengurusan kewangan negara.
Beliau juga menyatakan bahawa sebagai penjawat awam di MOF, setiap orang memikul tanggungjawab serta amanah yang sangat besar sekali gus memainkan peranan penting dalam menyusun dan melaksanakan polisi dan inisiatif yang mempengaruhi setiap rakyat Malaysia.
Pada ketika ini MOF diberikan kepercayaan untuk menjadikan kerangka Ekonomi Madani satu kenyataan. Kita sedang giat mengusahakan 3 perkara:
Salah satu reformasi dasar yang akan dilaksanakan tidak lama lagi ialah penyasaran semula subsidi diesel yang merangkumi ketiga-tiga aspek yang beliau sebutkan. Pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel dapat memberikan struktur fiskal negara yang lebih mampan, memberikan perlindungan sosial yang lebih baik melalui subsidi bersasar dan mengekang ketirisan yang berleluasa. Dalam hal ini, penjawat awam bertanggungjawab menyampaikan gambaran sebenar kepada orang sekeliling mereka.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.