YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I untuk menghadiri Majlis Apresiasi Bajet 2022 bagi menghargai titik peluh dan dedikasi #TeamMOF yang terlibat dalam penyediaan #Bajet2022.⠀

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan #Bajet2022. Beliau juga berharap agar segala urusan dan usaha #TeamMOF dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa dipermudahkan.

