Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Apresiasi ICT Perbendaharaan 2026

Majlis Apresiasi ICT Perbendaharaan 2026

Kementerian Kewangan (MoF) melalui Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi ICT Perbendaharaan 2026 sebagai penghargaan kepada pasukan projek yang menjayakan pelbagai inisiatif ICT sepanjang tahun ini.

Antara pencapaian yang diraikan ialah pelaksanaan lapan sistem aplikasi yang mencapai fasa Go-Live, merangkumi:

  1. SPLOWA 3.0 – Sistem Pengurusan Lesen Wang Awam
  2. SiPAD Fasa 2a – Sistem Pemantauan Audit Dalam
  3. SPP JANM – Sistem Perluasan Kehadiran Pegawai
  4. BTM TechCare – Pengurusan bantuan teknikal ICT
  5. OACP – Sistem Pelaporan Antirasuah Organisasi
  6. e-Psikologi – Pengurusan perkhidmatan psikologi
  7. Sistem Memo Kelulusan Eksekutif Perbendaharaan
  8. eCATch – Sistem Pemfailan Permohonan Rayuan Cukai Kastam

Majlis ini turut meraikan kejayaan pensijilan semula ISMS, usaha pematuhan Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854] serta pencapaian Anugerah Emas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Turut hadir YBrs. Ts. Norhasniah Ab Aziz, Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat serta barisan Pengurusan Tertinggi MoF.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan projek dan warga BTM atas dedikasi dalam memacu transformasi digital Kementerian.

Dedikasi dihargai, inovasi dirai, kecemerlangan diteruskan!

Arkib Foto