Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Tahun 2022

Majlis Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Tahun 2022

YBrs. Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat mewakili YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) telah merasmikan Majlis Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Tahun 2022 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF

Antara acara menarik yang diadakan adalah Syarahan “Memartabatkan Bahasa Melayu: Cabaran dan Peranan Penjawat Awam yang telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr.Teo Kok Seong, Felo Utama Institusi Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program yang diadakan secara kolaborasi bersama antara MOF, JPM dan DBP ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja MOF dan JPM terhadap kepentingan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

 


Arkib Foto

Logo Accessibility