Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Dialog Bersama Timbalan Menteri Kewangan ll Di Negeri Sembilan

Majlis Dialog Bersama Timbalan Menteri Kewangan ll Di Negeri Sembilan

Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan dimulakan dengan Majlis Dialog Bersama YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan ll di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Kira-kira seramai 150 wakil daripada pelbagai sektor antaranya jabatan, agensi, pertubuhan, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemegang taruh yang menghadiri majlis dialog ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Datuk Seri Hj. Jalaluddin Hj. Alias, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Mohd Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan YBhg. Dato’ Shahrul Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyimpulkan bahawa kebanyakan isu yang dibangkitkan dalam sesi libat urus sepanjang enam negeri diadakan adalah berkaitan kemudahan infrastruktur dan pemerkasaan sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Arkib Foto

Logo Accessibility