Majlis Hari Raya MADANI Kementerian Kewangan (MOF) disambut meriah dan telah dihadiri lebih 3,000 orang tetamu.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama-sama Pengurusan Tertinggi MOF menyambut serta beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.
Kehadiran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama isteri YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail menyerikan lagi majlis tersebut.
Pelbagai jenis juadah tradisional dan moden telah dihidangkan di gerai-gerai bertemakan Aidilfitri MADANI oleh warga Perbendaharaan untuk para tetamu.