Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Konsultasi Bajet 2023

Majlis Konsultasi Bajet 2023

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Majlis Konsultasi Bajet 2023 melibatkan sektor awam, swasta, ahli akademik dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sebagai satu platform interaksi cadangan, pandangan dan maklum balas.

Pertemuan sebegini penting bagi penyediaan bajet yang inklusif serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara kita. Pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2021 berbanding penguncupan 5.5 peratus pada tahun 2020 merupakan satu perkembangan yang positif. Perkembangan tersebut turut disumbang oleh sokongan dasar Kerajaan yang konsisten, terutamanya melalui inisiatif di bawah Bajet 2022.

Seterusnya, bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara berterusan, fokus Kerajaan pada Bajet 2023 adalah tertumpu kepada inisiatif-inisiatif pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melangkah ke hadapan.

Kerajaan akan terus komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility