Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Libat Urus Pemerkasaan Keusahawanan

 Majlis Libat Urus Pemerkasaan Keusahawanan

Di dalam fasa peralihan ke endemik, Kementerian Kewangan sentiasa peka dan mengambil berat terhadap permasalahan golongan usahawan. Kami sedar bahawa banyak syarikat dan perniagaan yang terkesan terutama perusahaan mikro kecil dan sederhana.

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah hadir ke Majlis Libat Urus Pemerkasaan Keusahawanan untuk mendengar pandangan serta maklum balas daripada golongan usahawan.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkesempatan meraikan usahawan muda di dalam Majlis Ramah Mesra Fersyella One Stop Beauty Centre.
Sesi libat urus kali ini memberi fokus kepada pemerkasaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Beliau faham, cabaran yang dihadapi oleh PKS lebih berat berbanding perniagaan yang sudah lama bertapak dalam industri.

Terima kasih beliau ucapkan kepada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Nasional dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang turut bersama pada sesi tersebut.

Beliau berharap dengan kehadiran pada sesi tersebut sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak muda untuk terus berjaya dalam perniagaan.


Arkib Foto

Logo Accessibility