YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri Majlis Malaysia Top Achievers 2022 yang merupakan majlis untuk mengiktiraf pencapaian para pemimpin merentasi semua sektor di Malaysia dan untuk menghargai sumbangan besar mereka ke arah pembangunan ekonomi negara.

Dalam ucapan beliau, beliau telah menyentuh berkenaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dijangka terus bertambah baik dengan berkembang antara 5.3 dan 6.3 peratus pada tahun 2022, meningkat daripada pertumbuhan 3.1 peratus pada 2021.

Ini akan disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan luar, penarikan balik sepenuhnya langkah-langkah pembendungan, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan keadaan pasaran buruh serta tenaga kerja yang semakin baik.

Beliau berharap semua sektor dalam negara dapat terus berkembang yang akhirnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia seterusnya melahirkan individu-individu yang cemerlang. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |