YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di sesi Majlis Menandatangani MOU Futurise (Aksadron) dan Iskandar Investment Berhad.
Pada Mac lalu, hub sukan dron di Tasik Paya Bungor telah dibina untuk membangunkan bakat tempatan sukan dron berprestasi tinggi dan DroneTech secara amnya, melalui acara perlumbaan dron, bengkel dan program latihan.
Majlis tersebut telah menunjukkan perkembangan program Zon Dron dan Robotik bagi mempopularkan acara sukan dron dalam kalangan belia Johor.
Sukan yang dikendalikan oleh Futurise tersebut mempunyai potensi yang cerah terutamanya dalam membangunkan pelbagai sektor bakat dalam pendigitalan, teknologi dan sukan dron sendiri.
Beliau yakin sukan sebegini mempunyai masa depan cerah dan dapat melahirkan lebih ramai Pilot Pit.