Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Menandatangani Perjanjian Jual-Beli Tanah Di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah Antara Syarikat Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd Dan Hartalega NSM Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Perjanjian Jual-Beli Tanah Di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah Antara Syarikat Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd Dan Hartalega NSM Sdn Bhd

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual-Beli Tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah Antara Syarikat Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd dan Hartalega NSM Sdn Bhd.

Pembelian tanah sebesar 250 ekar ini menandakan fasa pertumbuhan terkini Hartalega, dengan pelaburan sebanyak RM7 bilion untuk membina 16 fasiliti pembuatan baru dalam tempoh 20 tahun akan datang dan akan mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II, YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd, YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Pengarah Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd, YBrs. Encik Kuan Kam Hon, Pengerusi Hartalega Holdings Berhad dan YBrs. Encik Kuan Mun Leong, Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Holdings Berhad.

Arkib Foto

Logo Accessibility