YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri untuk majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia.
Hubungan antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DGCE), Republik Indonesia sememangnya rapat dan mesra. Beberapa tahun dahulu, pentadbiran kastam kedua-dua negara mula berbincang mengenai sebuah Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama dan Saling Bersatu Bantuan Urusan Kastam (MoU) dan Mutual Recognition Arrangement on Authorised Economic Operators (MRA-AEO).
Ini merupakan satu detik bersejarah bagi Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Kewangan Republik Indonesia yang diwakili oleh Ibu Sri Mulyani Indrawati, Menteri Kewangan Republik Indonesia. Dengan termeterainya MoU tersebut yang disaksikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan Yang Terhormat Joko Widodo, Presiden Indonesia, hubungan kedua-duanya dari segi pentadbiran dan penguatkuasaan antara lainnya, akan terus diperkasakan. MRA-AEO pula pastinya akan menguntungkan pengeksport dan pengimport kedua-dua negara dan akan menyumbang kepada peningkatan jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia.