Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Buku Weathering The Economic Storm: A Journey through the Uncharted Waters of COVID-19

Majlis Pelancaran Buku Weathering The Economic Storm: A Journey through the Uncharted Waters of COVID-19

Menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor atas perkenan mencemar duli ke Majlis Pelancaran Buku Weathering The Economic Storm: A Journey through the Uncharted Waters of COVID-19, iaitu buku sulung YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan.

Turut mencemar duli adalah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Banyak yang telah dicerakinkan mengenai pejuang-pejuang barisan hadapan kesihatan awam kita dalam buku tersebut. Walau bagaimanapun, setakat ini, tidak ramai yang mengiktiraf usaha dan penat lelah pejuang-pejuang barisan hadapan ekonomi, bukan sahaja di Kementerian Kewangan (MOF), tetapi juga di pelbagai kementerian dan agensi-agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Mereka yang bertanggungjawab memastikan ‘bahtera ekonomi’ negara terus bertahan walau kuat dipukul ombak dan badai pandemik COVID-19.

Polisi-polisi ekonomi oleh MOF yang berteraskan pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis (Responsive, Responsible and Reformist) dan dengan kerjasama berbagai kementerian dan agensi berkaitan, akhirnya telah berjaya membantu Malaysia merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selama tiga suku ekonomi berturut-turut (GDP growth for 3 economic quarters).

Semangat kerjasama sebegini akan diteruskan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi seterusnya. Terima kasih YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul ucapkan kepada pejuang barisan hadapan ekonomi tanah air.

Beliau menyusun sepuluh jari untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kesudian Duli-Duli Tuanku mencemar duli ke majlis tersebut.

 


Arkib Foto

Logo Accessibility