Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Buku YB Menteri Kewangan

Majlis Pelancaran Buku YB Menteri Kewangan

Apabila negara kita dilanda wabak COVID-19, negara buat pertama kalinya menghadapi dua krisis dalam satu masa iaitu krisis kesihatan dan krisis kewangan, yang turut terjejas akibat penutupan sektor-sektor utama.

Ia merupakan saat yang sangat kritikal buat Kementerian Kewangan, terutamanya buat YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan, seorang individu dari sektor korporat yang diberi amanah besar untuk mengemudi kementerian utama di waktu yang sangat mencabar.

Negara kita telah berjaya melalui saat sukar itu dengan pendekatan responsif, bertanggungjawab serta reformis dan kini sudah mula menunjukkan peningkatan positif dalam pelbagai sektor ekonomi.

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri sebuah majlis yang penuh makna dan menyaksikan pelancaran buku YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang bertajuk ‘Weathering Economic Storm, A Journey Through The Uncharted Waters of COVID-19’, yang menceritakan berkenaan pengalaman sebagai Menteri Kewangan dalam memastikan ekonomi negara terus stabil dan dalam masa sama, kebajikan rakyat terus dijaga sejak pandemik COVID-19 mula melanda dua tahun lalu.

Perasmian buku tersebut telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor.

Turut mencemar duli adalah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Sesungguhnya buku tersebut akan menjadi satu sejarah untuk dikenang kembali pada satu masa nanti dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Tahniah beliau ucapkan kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama atas pelancaran buku tersebut dan tahniah kerana tidak berputus asa serta sentiasa berfikiran jauh dalam mengemudi Kementerian Kewangan.

Arkib Foto

Logo Accessibility