YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan melancarkan Cawangan Bank Bergerak BSN (CBB BSN) bertempat di pekarangan Majlis Daerah Sipitang, Sabah.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.

CBB BSN Sabah akan berada di enam daerah terpilih iaitu Paitan, Pitas, Sook, Nabawan, Tungku dan Kalabakan yang dijangka memanfaatkan seramai 270,000 rakyat Sabah mendapat akses perbankan asas di daerah-daerah tersebut.

CBB BSN merangkumi tiga unit kenderaan yang diubah suai menempatkan satu unit ATM dan dua kaunter pelanggan.
