Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Dana Penjana Nasional

Majlis Pelancaran Dana Penjana Nasional

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah melancarkan Dana Penjana Nasional, sebuah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk memperkasa ekonomi Negara pasca krisis pandemik COVID-19.⠀

Dana bernilai RM1.2 bilion: RM600 juta akan dilabur oleh pelabur antarabangsa yang akan menjalinkan usahasama strategik dengan syarikat pemula (startups) Malaysia dan ini akan dipadankan dengan RM600 juta suntikan pelaburan daripada Kerajaan.⠀

Inisiatif kerajaan ini akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan membangunkan industri startups di Malaysia dan melonjakkan pasaran modal swasta (private capital market).

Arkib Foto

Logo Accessibility