Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022

Majlis Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 yang bertemakan ‘Aspirasi Masyarakat Inspirasi Negara’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk merapatkan jurang antara GLC dan komuniti tempatan, terutama sekali mengenai inisiatif yang memberi impak langsung kepada #KeluargaMalaysia.

YAB Perdana Menteri juga telah melancarkan penjenamaan baharu kepada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN), yang sebelum ini digelar "GLC/GLIC Disaster Relief Network” dan kini dikenali sebagai “GLC Demi Rakyat & Negara”. Peranan GLIC dan GLC melangkaui pemulihan ekonomi negara tetapi juga usaha sama bersama Kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Harapan beliau agar Hari Terbuka GLC 2022 yang berlangsung selama tiga hari iaitu 11 hingga 13 Mac 2022, digunakan sepenuhnya untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan ekosistem ini, terutamanya dalam membina semula kehidupan #KeluargaMalaysia pasca pandemik COVID-19.

Arkib Foto

Logo Accessibility