Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Kemudahan Laluan Gelincir Di Pulau Tioman, Pahang

Majlis Pelancaran Kemudahan Laluan Gelincir Di Pulau Tioman, Pahang

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II melancarkan kemudahan laluan gelincir (slipway) yang telah dinaik taraf oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di Kampung Mukut, Pulau Tioman.

Kemudahan yang dinaik taraf ini menyediakan akses lebih selamat kepada pelajar untuk mengendalikan bot serta peralatan pelayaran, sekali gus menyokong pembangunan bakat muda dalam sukan pelayaran. Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha TM menerusi TM Future Skills (TMFS), yang melibatkan pelajar daripada keempat-empat sekolah di Pulau Tioman dengan bimbingan teknikal Malaysia Sailing Association (MSA).

Pelancaran ini turut berlangsung bersempena lawatan kerja YB Menteri Kewangan II ke Kampung Mukut bagi meninjau pelaksanaan dan kemajuan inisiatif Kampung Angkat MADANI di Pulau Tioman.

Bermula di Kampung Mukut, inisiatif Jangkau Digital TM kini terus diperluas di Pulau Tioman dengan memberi tumpuan kepada ketersambungan digital, pendidikan dan pembangunan bakat, pemerkasaan usahawan tempatan serta pemeliharaan alam sekitar.

Usaha ini mencerminkan pendekatan pembangunan yang bukan sahaja memperkukuh kemudahan dan keselamatan komuniti, malah membuka lebih banyak ruang kepada generasi muda untuk membina kemahiran, keyakinan dan potensi masa hadapan.

Arkib Foto