Kiosk Sentuhan MADANI pertama telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Alamanda, Putrajaya.

Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI ini adalah sebuah inisiatif yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di bawah Belanjawan 2025 untuk menambah baik perkhidmatan awam dan menyantuni keperluan masa kini rakyat dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan menerusi kiosk-kiosk digital agensi barisan hadapan bagi memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam di luar waktu pejabat.

Sebanyak 6 buah kiosk digital disediakan di Alamanda terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MyDigital ID (MIMOS), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kiosk ini menawarkan lebih 90 jenis perkhidmatan untuk rakyat.

Semoga inisiatif ini dapat memberikan impak positif baharu kepada pengalaman rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.
