Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2021

Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2021

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melancarkan Laporan Pasaran Harta 2021 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Laporan tersebut pastinya ditunggu-tunggu oleh sektor harta tanah negara kerana dokumen tersebut akan menjadi rujukan dalam mencapai keputusan berkaitan dasar, atau pembangunan berkaitan harta tanah.

Pada tahun 2021, ekonomi negara meningkat sebanyak 3.1 peratus, berbanding penguncupan 5.6 peratus pada tahun 2020. Sejajar dengan prestasi tersebut, pasaran harta tanah turut meningkat, di mana lebih dari 300,000 transaksi bernilai kira-kira RM145 bilion telah direkodkan pada tahun 2021. Berbanding dengan tahun 2020, jumlah dan nilai transaksi tersebut masing-masing telah meningkat sebanyak 1.5 peratus dan 22 peratus.

Dalam terus merancakkan dan memulihkan pasaran harta tanah negara, Kerajaan telah merencana pelbagai inisiatif. Di bawah Bajet 2022, Kerajaan telah meneruskan agenda pembangunan projek perumahan, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM1.5 bilion.

Beliau berharap semua inisiatif yang diberikan akan dapat memberikan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia dan membantu mendorong pasaran harta tanah ke prestasi pra pandemik.

Arkib Foto

Logo Accessibility