Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Tahun Pertama 2023 bersama lapan laporan lain telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I.
Majlis yang diadakan di Dewan Jubli, INSPEN berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 200 penggiat industri harta tanah sektor awam dan swasta.
Majlis pelancaran turut diiringi oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dan Sr Abdul Rahman Mohd Nasir, Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).