Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Separuh Pertama Tahun 2022

Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Separuh Pertama Tahun 2022

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Separuh Pertama Tahun 2022 dan Laporan lain oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Bagi segmen tidak terjual siap dibina atau lebih dikenali sebagai ‘Overhang’, lebih 34,000 ribu unit kediaman bernilai RM21.7 bilion direkodkan.

Beliau turut menyeru kepada semua pihak berkepentingan untuk mengakses portal UPESM (Unsold Property Enquiry System Malaysia) yang dibangunkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dan merujuk data sebelum merancang pembangunan baharu di sesuatu kawasan.

Di samping itu, beliau berharap agar mereka menjalankan ‘feasibility study’ yang menyeluruh agar keputusan yang dibuat adalah yang tepat dan tidak akan menyumbang kepada stok ‘overhang’ negara pada masa hadapan.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility