YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah hadir ke Majlis Pelancaran Malaysia Digital dan Sambutan Jubli Perak MDEC yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Turut bersama-sama adalah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Pelancaran Malaysia Digital merupakan satu harapan dan masa depan digital kepada negara bagi transformasi rakyat ke arah negara yang lebih maju dan berdaya saing.
Seiring dengan aspirasi negara yang telah berjaya mencorakkan ekosistem digital semenjak tahun 1996. Negara kita terus ke depan dengan kemajuan perkhidmatan digital yang lebih canggih.
Semoga dengan pelancaran Malaysia Digital ini dapat memajukan banyak sektor seperti e-commerce, ecosystem digital dan dapat membangunkan agenda ekonomi yang lebih baik bagi pembangunan digital Malaysia.