Select your language
Majlis Pelancaran Rangkaian Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) sebagai Rakan Niaga SARA telah berlangsung di Kementerian Pertahanan. Turut diadakan Majlis Perasmian Jualan Istimewa MADANI Angkatan Tentera (JIMAT).
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan turut dihadiri YBhg. Dato' Sri Ab. Rahim Ab. Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, YBhg. Jeneral Dato' Azhan Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat (PTD), YBhg. Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut dan YBhg. Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara (PTU).
PERNAMA adalah sebuah entiti milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menjalankan aktiviti peruncitan di kem-kem ATM selaras dengan peranan dan tanggungjawabnya menjaga kesejahteraan anggota, warga dan veteran ATM.
80 Rangkaian PERNAMA di kem-kem ATM kini adalah Rakan Niaga SARA bagi membantu memudahkan warga ATM membelanjakan kredit SARA di lokasi berhampiran dengan kediaman mereka. Jumlah Rakan Niaga SARA setakat hari ini telah mencecah 11,600 termasuk sebilangan besar kedai runcit kecil dan persendirian.