YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir menyampaikan ucaptama untuk Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pusat Kecemerlangan naungan pengendali bank digital tersebut.

Dalam ucaptamanya, YAB Dato' Seri Anwar antara lain mengingatkan supaya pemain-pemain industri menggunakan komponen digital bagi menjadikan sistem perbankan lebih terangkum.

Kerangka Ekonomi MADANI mendambakan lanskap ekonomi negara yang lebih saksama dan mampan, memerlukan kerelaan pihak swasta untuk membantu mengurangkan kesenjangan kekayaan.

Dalam hal ini, segenap kumpulan masyarakat perlu diberi akses kepada evolusi perbankan digital ini dan tidak hanya khusus bagi golongan mahakaya.

Beliau turut memberi penghargaan kepada GXBank kerana menerima baik cadangan untuk mendirikan sebuah Pusat Kecermelangan, bertujuan untuk mencungkil bakat anak watan.
