Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Penganugerahan Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022

Majlis Penganugerahan Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menghadiri Majlis Penganugerahan Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022 yang dikurniakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam ini telah dipilih oleh panel juri antarabangsa yang terdiri daripada tokoh-tokoh ternama, sarjana Islam, ahli akademik serta pakar kewangan Islam.

Syabas diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia kerana berjaya menganjurkan majlis dwitahunan ini di bawah inisiatif Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC) yang bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan cemerlang oleh individu dalam pembangunan kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengasas dan Pengerusi Amanie Group yang telah menerima Anugerah Diraja 2022. Semoga sumbangan dan jasa yang dicurahkan akan terus mengukuhkan industri kewangan Islam di Malaysia.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility