Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pengumuman Insentif Cukai Forest City Special Financial Zone

Majlis Pengumuman Insentif Cukai Forest City Special Financial Zone

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor telah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengumuman Insentif Cukai Forest City Special Financial Zone.

Turut hadir YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Pegawai - pegawai Pengurusan Tertinggi daripada Kementerian Kewangan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta Pengarah - pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview, juga Country Garden Malaya Division.

Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia menawarkan kadar cukai sifar peratus untuk 'Pejabat Keluarga' (Family Offices) atau firma pengurusan individu kaya, dalam usaha untuk menarik modal antarabangsa.

Inisiatif yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ini bertujuan menarik minat keluarga rakyat Malaysia dan serantau untuk menguruskan kekayaan mereka dari Malaysia, sekali gus merancakkan ekonomi negara.

Kementerian Kewangan sentiasa komited dalam memastikan kemajuan berterusan bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.

Arkib Foto

Logo Accessibility