Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Kempen ‘Cashless Boleh’

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Kempen ‘Cashless Boleh’

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Kempen ‘Cashless Boleh’ anjuran Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.

PayNet atau Payments Network Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat di bawah Bank Negara Malaysia yang mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur kewangan bertaraf dunia. Pelbagai saluran e-pembayaran dan tanpa tunai telah disediakan oleh PayNet antaranya perkhidmatan pembayaran bil dalam talian JomPAY, pemindahan wang segera DuitNow, pembayaran QR salinghubung (atau interoperable) DuitNow QR, pembayaran e-dagang FPX, khidmat pembayaran Debit terus Direct Debit, pembayaran kad ATM MyDebit dan sebagainya.

Kementerian Kewangan sentiasa menyokong usaha untuk menyediakan dan memperbanyakkan saluran e-pembayaran bagi sektor awam. Atas dasar ini, Kempen ‘Cashless Boleh’ telah dianjurkan oleh pihak PayNet dengan kerjasama MOF yang melibatkan sejumlah 14 Agensi-agensi Kerajaan dan telah bermula pada 1 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang.

Arkib Foto

Logo Accessibility