Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Penyampaian Sumbangan & Iftar HASiL Program Mahabbah Ramadan 2024

Majlis Penyampaian Sumbangan & Iftar HASiL Program Mahabbah Ramadan 2024

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftar HASiL Program Mahabbah Ramadan 2024 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Dewan Serbaguna Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa Kerajaan MADANI telah berusaha mengambil pendekatan mengimbangi peningkatan pendapatan negara serta peningkatan kesejahteraan rakyat.  Pendapatan negara seperti hasil cukai yang dikutip melalui LHDNM akan dibelanjakan semula oleh Kerajaan dalam pelbagai bentuk manfaat, kemudahan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau turut beramah mesra dan menyantuni anak-anak yatim serta asnaf dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam majlis tersebut.  Turut hadir YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM.

Arkib Foto

Logo Accessibility