Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyaksikan majlis penyerahan cek daripada IWH-CREC kepada TRX City Sdn Bhd yang menandakan bermulanya proses pembangunan Bandar Malaysia, iaitu projek pembangunan pintar dan bersepadu yang terbesar seumpamanya di ASEAN. Dengan nilai pembangunan kasar RM140 bilion, ia merupakan pembangunan yang terbesar dalam sejarah negara.
Pembangunan Bandar Malaysia menunjukkan keyakinan pelabur kepada negara, dan mempunyai potensi untuk merangsang pelbagai sektor ekonomi dalam jangka masa sederhana dan panjang. Ia juga akan mentransformasi Kuala Lumpur sebagai hab perniagaan global berimpak tinggi. Pada peringkat makro, pembangunan ini akan memberi kesan berganda (multiplier effect) kepada ekonomi negara.
Apa yang penting adalah kesemua ini dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan.



