YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke program walkabout pelancongan dan perasmian Geopark Discovery Centre sambil diapit YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri selain masyarakat setempat.
Dalam ucapan, beliau maklum keputusan kerajaan untuk memberikan elaun seberang laut bagi penjawat awam bertugas di Langkawi sepertimana yang bakal dinikmati oleh penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung.
Beliau turut singgung berkaitan usaha menjadikan pulau peranginan dan bersejarah Langkawi ini untuk pesat membangun namun memerlukan program-program yang berkaitan melibatkan kebersamaan jabatan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Adalah menjadi hasrat kerajaan agar arus pembangunan dan kemajuan terus dirasai di Langkawi tanpa mengabaikan masalah serta isu tempatan seperti industri pengangkutan feri yang pastinya ada perancangan menyeluruh untuk dilaksanakan.