Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Ibu Pejabat HSBC Malaysia

Majlis Perasmian Ibu Pejabat HSBC Malaysia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Ibu Pejabat HSBC Malaysia.

Pembukaan ibu pejabat baharu HSBC Malaysia membuktikan komitmen mereka sebagai institusi kewangan antarabangsa terkemuka untuk mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia, di samping memenuhi keperluan pelanggan domestik dan antarabangsa mereka dengan lebih baik.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada organisasi-organisasi yang telah mendapat sumbangan daripada HSBC iaitu Global Environment Centre (GEC) bagi usaha berterusan mereka dalam pemulihan Hutan Simpan Raja Musa serta Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang membantu meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan belia B40. Ini merupakan salah satu cara pihak korporat menyumbang untuk kesejahteraan #Keluarga Malaysia.

Sektor perbankan Malaysia merupakan salah satu yang paling teguh di Asia di mana berada pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan aspirasi negara.

Pelan Tindakan Sektor Kewangan untuk tempoh tahun 2022 hingga 2026 yang dilancarkan baru-baru ini memperincikan strategi bagi sektor kewangan untuk mengharungi cabaran dan peluang yang akan datang, dan pemboleh utama untuk matlamat ekonomi yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pelan tindakan sebegini akan merealisasikan matlamat Malaysia untuk lebih "Makmur, Inklusif dan Mampan".

Arkib Foto

Logo Accessibility