YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Kementerian Kewangan (MOF) Bersama Pelanggan di Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2022.
Turut hadir YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I, YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) serta pengurusan tertinggi MOF.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan Majlis Penyerahan Hadiah Cabutan Sijil Simpanan Premium BSN (BSN SSP) dari Negeri Pahang bagi bulan April 2022. Tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah.