Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Sabah merupakan antara negeri yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Semasa ucapan merasmikan Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah, YAB Dato' Seri Anwar berkata tujuan utama peruntukan itu adalah untuk memastikan tiada mana-mana masyarakat ketinggalan, menaik taraf prasarana seperti Pan Borneo disiapkan mengikut perancangan, jalan-jalan terutamanya desa dan pedalaman diperbaiki dan menambah baik fasiliti di sekolah dan hospital.

"Usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi saya percaya dengan kerjasama erat dari pelbagai pihak, terutama menerusi perpaduan kukuh rakyat Sabah yang berbilang kaum, agama serta latar belakang, mampu membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang" katanya lagi.

Turut hadir ke majlis tersebut termasuk YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah; YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan; YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; dan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri Sabah.

YAB Dato' Seri Anwar turut berkesempatan meluncurkan nombor pendaftaran istimewa siri MADANI dan beramah mesra dengan para pengunjung dan pempamer di reruai kementerian.

Arkib Foto

Logo Accessibility