Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang

Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menghadiri Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di tapak Pembinaan terowong berkembar Genting.

Projek ECRL ini akan memberi manfaat besar kepada Keluarga Malaysia terutamanya di Pantai Timur dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan di sepanjang jajaran ECRL.

Projek ECRL ini akan mempunyai sebanyak 20 buah stesen menghubungkan bandar-bandar dan taman-taman perindustrian termasuk salah satu stesen ECRL di Paya Besar.

Projek Jajaran ECRL ini akan memberi manfaat kepada banyak pihak terutamanya dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi dan kesalinghubungan pengangkutan yang efisien.


Arkib Foto

Logo Accessibility