Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Sistem MyInvois LHDNM

Majlis Perasmian Sistem MyInvois LHDNM

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah hadir ke Majlis Pelancaran MyInvois anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Kuala Lumpur.

Beliau menekankan bahawa pelaksanaan e-Invois adalah inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian dan pematuhan cukai.

Pelaksanaan e-Invois akan bermula secara berperingkat iaitu melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan tahunan melebihi RM100 juta akan bermula pada 1 Ogos 2024, melebihi RM25 juta pada 1 Januari 2025 dan semua pembayar cukai pada 1 Julai 2025.  E-Invoice terdapat dua mekanisme iaitu Portal MyInvois dan API.

Perniagaan dengan pendapatan tahunan kurang dari RM150,000 dikecualikan tetapi digalakkan untuk melaksanakannya secara sukarela. Kerajaan juga akan memberi tempoh kelonggaran enam bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois. Tiada tindakan pendakwaan akan diambil jika mematuhi syarat tertentu.

Sebagai insentif, pembayar cukai yang berjaya melaksanakan e-Invois dalam tempoh yang ditetapkan akan menikmati pengurangan tempoh tuntutan elaun modal daripada tiga tahun kepada dua tahun untuk peralatan ICT dan perisian komputer dari Tahun Taksiran 2024 hingga 2025.

Untuk membantu pelaksanaan, HASiL akan mengadakan sesi libat urus dan seminar dengan pembayar cukai secara aktif.

Arkib Foto

Logo Accessibility