YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah merasmikan Majlis Perasmian Tangki Air Baharu Benut 4 di Pontian, Johor.

Tangki Air Baharu Benut 4 berkapasiti 4.5 juta liter air sehari (MLD) mula dibina pada 25 November 2020.

Daerah tersebut bakal menerima tiga tangki air baharu dan sebuah loji rawatan air, sebagai langkah memenuhi keperluan penduduk setempat.

Tiga tangki air berkenaan termasuk Tangki Air Baharu Benut 4, yang siap dibina 1 November tahun lalu dan sudah diserah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Beliau turut menyatakan bahawa dua unit lagi ialah Tangki Air Baharu Parit Haji Ariff yang sudah mula dibina dan Tangki Air Parit Sikom.
Tangki air ini boleh dimanfaatkan apabila bekalan air terputus yang kerap dihadapi penduduk kawasan berkenaan.
Kemudahan ini mampu menampung permintaan tinggi penduduk terhadap bekalan air terawat, terutama pada musim perayaan.