Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mei 2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mei 2026

Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama warga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah berlangsung di Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya, bersempena perhimpunan bulanan bagi Mei tahun 2026. 

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan turut mengikuti sesi ini secara dalam talian bagi mendengar amanat dan pengumuman penting yang disampaikan.

YAB Dato’ Seri Anwar dalam ucapannya menegaskan bekalan minyak negara kekal terjamin, namun peningkatan harga global bahan api yang tidak dielakkan terus memberikan tekanan kepada kewangan kerajaan, yang komited mengekalkan harga subsidi RON95 pada RM1.99 seliter demi melindungi majoriti rakyat.

Beliau juga menekankan kepentingan pegawai awam dalam memberikan penyampaian maklumat kepada rakyat terutamanya berkenaan isu krisis Asia Barat dan penyampaian mestilah tepat, sahih dan bertanggungjawab.
Sebelum itu, dalam sesi amanat kepada warga MoF secara bersemuka di Dewan Utama, MoF, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah menyatakan MoF telah mengeluarkan panduan kepada kementerian dan agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat. Langkah ini antaranya sekali gus dapat mengoptimakan sumber Kerajaan supaya dapat melindungi rakyat dan ekonomi secara berterusan.

Beliau juga menyatakan bahawa Kerajaan telah mengambil langkah segera untuk membantu meringankan tekanan kos di mana sebanyak RM10 bilion disediakan iaitu RM5 bilion Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS di bawah Dana Bank Negara Malaysia untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM5 bilion jaminan Kerajaan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Arkib Foto

Logo Accessibility