Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Mac 2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Mac 2026

Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yang berlangsung di Dewan Serbaguna KPDN, Putrajaya turut disertai oleh warga Kementerian Kewangan (MoF) secara dalam talian.

Dalam amanatnya, YAB Dato’ Seri Anwar menekankan negara kekal konsisten walaupun kini berdepan dengan cabaran geopolitik dan kejutan ekonomi akibat langsung daripada konflik di Asia Barat.

Beliau turut mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 2 diawalkan pada 10 Mac 2026 sempena perayaan hari raya Aidilfitri yang bakal tiba. Manakala Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac 2026.

Sebelum itu, dalam sesi amanat kepada warga MoF secara bersemuka di Dewan Utama, MoF, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II menyeru kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk terus memberikan tumpuan kepada tatakelola yang baik dengan meningkatkan penguatkuasaan. Ketirisan dalam bentuk apa sekalipun, penyelewengan, ekonomi gelap, penyeludupan, penipuan dan jenayah lain harus dihentikan.

Beliau juga menekankan bahawa MoF mempunyai peranan penting untuk menyelaras dengan semua Kementerian dan agensi bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi domestik. Ini termasuklah memastikan peruntukan Belanjawan 2026 dioptimakan dengan memudahcara dan menyegerakan terutamanya pelaksanaan projek kecil.

Turut hadir YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan).

Arkib Foto

Logo Accessibility