Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Di Kementerian Kewangan

Majlis Perhimpunan Bulanan Di Kementerian Kewangan

Dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mengingatkan seluruh warga Perbendaharaan agar terus teguh melaksanakan amanah kepada rakyat dan tidak membiarkan kritikan melemahkan semangat untuk berkhidmat.

YAB Dato’ Seri Anwar turut merakamkan penghargaan kepada warga MoF atas kerja keras dan komitmen dalam menyediakan Belanjawan 2027.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, Belanjawan 2027 membawa Waad Nasional, iaitu tanggungjawab bersama antara Kerajaan dengan rakyat untuk memastikan kemajuan negara turut membawa kesejahteraan kepada semua. Pertumbuhan KDNK sebanyak 6.0% pada suku kedua 2026 menjadi antara asas untuk meneruskan usaha ini.

Keutamaan MoF termasuk melaksanakan subsidi bersasar, menambah baik bantuan seperti STR dan SARA, mengurus hutang negara secara berhemat serta mengurangkan defisit secara berperingkat. Pembaharuan tatakelola melalui Akta Perolehan Kerajaan dan usaha memperkukuh tadbir urus entiti milik Kerajaan pula menyokong ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan awam.

Seluruh warga MoF akan terus berganding bahu memastikan setiap ikhtiar dilaksanakan dengan baik agar hasil pembangunan dan pengurusan kewangan yang berhemah dapat dirasai oleh rakyat.

Arkib Foto