Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.5/2024

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.5/2024

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir di Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan (MOF) bagi bulan Mei 2024 yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata hasil komitmen pelaburan Microsoft telah melambangkan keyakinan baharu para pelabur antarabangsa kepada pengemudian ekonomi negara berpandukan Ekonomi MADANI yang digerakkan oleh penjawat awam. Walau bagaimanapun, kejayaan meraih pelaburan yang bermakna memerlukan sokongan semua pihak dan ketangkasan dalam meluluskan pelaburan.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa pengumuman berkenaan cadangan kenaikan gaji penjawat awam baru-baru ini akan melihat kepada prestasi penjawat awam dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kaedah yang diguna pakai akan memastikan hanya penjawat awam dengan prestasi cemerlang diberi keutamaan kenaikan gaji ketimbang mereka yang malas dan bermasalah.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility