Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.6/2024

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.6/2024

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir di Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bagi bulan Jun 2024 yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata penyasaran subsidi diesel mula dilaksanakan dengan menetapkan harga runcit diesel baharu kepada RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia.  Namun, Kerajaan tetap mengekalkan penyediaan diesel bersubsidi kepada sektor-sektor yang layak bagi membendung kesan terhadap harga barangan dan perkhidmatan pengguna seperti berikut:

  • Kenderaan sektor logistik yang layak melalui penggunaan fleet card kekal menikmati harga diesel bersubsidi RM2.15 seliter.

  • Kenderaan pengangkutan awam termasuklah bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal menikmati harga diesel bersubsidi RM1.88 seliter.

  • Diesel bersubsidi untuk nelayan kategori tertentu juga kekal pada harga RM1.65 seliter.

Beliau turut berkata, Kerajaan menjangkakan penyasaran subsidi diesel ini akan mengekang ketirisan yang membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun.  

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility