Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.8/2024

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.8/2024

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF). Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan; dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Melalui ucapannya, YAB Dato’ Seri Anwar menitipkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penjawat awam, agensi dan syarikat MOF, selain badan swasta dan rakyat seluruhnya yang turut berperanan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pemulihan ringgit pada tahun ini.

Ringgit yang ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat 11 hari berturut-turut setakat semalam merupakan tempoh terpanjang dalam 14 tahun. Peningkatan ini telah membawa nilai ringgit ke paras tertinggi berbanding dolar AS dalam tempoh 14 bulan.

Kekuatan ini melambangkan keyakinan pelabur-pelabur dunia kepada komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan reformasi ekonomi dan institusi. Kerajaan telah menunjukkan kesungguhan menjayakan pembaharuan ini dengan menggubal dasar-dasar progresif dan mengurus kewangan Kerajaan secara bertanggungjawab. Pertumbuhan ekonomi yang menjangkaui unjuran bagi dua suku tahun berturut-turut membuktikan reformasi dasar ini telah membuahkan hasil awal.

Berpandukan Ekonomi MADANI, YAB Dato' Seri Anwar berharap berharap ikhtiar mereformasi ekonomi terus dilipatgandakan untuk merealisasikan wawasan serampang dua mata kerangka ekonomi tersebut: “Menaikkan Siling” kedudukan ekonomi negara dan “Menaikkan Lantai” kualiti kehidupan rakyat.

Beliau menggesa perkara ini diberi tumpuan khusus dalam persediaan MOF merangka Belanjawan 2025 dengan memperinci langkah-langkah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Ini termasuklah usaha yang boleh mengekang masalah kartel, pencatutan harga, ketirisan serta rasuah yang menjejaskan kuasa beli rakyat serta daya saing negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility