YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama warga Kementerian Kewangan dalam sesi perhimpunan bulanan di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Beliau menjelaskan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang kelak akan mengambil kira tantangan ekonomi semasa yang boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta membawa rahmah kepada rakyat.

Kerajaan juga pertimbang daya saing, kecepatan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023.

Beliau turut memaklumkan bahawa cabaran terbesar merangka Belanjawan 2023 adalah mencari dasar yang seimbang untuk menarik pelabur serta melindungi rakyat terutama golongan miskin tegar.

